Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Menunggang motosikal 12 jam dari Skudai ke Sintok

Menunggang motosikal 12 jam dari Skudai ke Sintok

oleh Ammar Haziq

FOTO TEKS UUM

SINTOK – Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Arvintran Ravindaran, 22 tahun sanggup bermotosikal selama 12 jam dari Skudai, Johor ke Sintok Kedah untuk mengikuti pengajian di peringkat semester akhir.

Anak kedua dari dari tiga beradik ini memilih pulang ke kampus kerana mengalami gangguan talian jalur lebar ketika mengikuti kuliahnya.

‘Saya mengambil keputusan pulang ke universiti ini untuk mengikuti pengajian disini terutama di tahun akhir ini,’ujarnya ketika ditemui.

Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ini berharap dapat mencapai keputusan cemerlang 4.00 sama seperti yang dicapainya semester lalu.

Arvintran ketika berkongsi pengalamannya bermotosikal selama 12 jam itu berkata, dia terpaksa bertolak pada sebelah malam dari rumahnya di Skudai Johor bagi mengelakkan enjinnya panas.

Sepanjang perjalanan itu dia sempat berehat dibeberapa tempat dan terpaksa meneruskan perjalanan walaupun cuaca sejuk diwaktu malam.

‘Saya terpaksa pulang ke rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKB) lalu bagi membantu adik perempuan yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ibu saya yang bekerja di Singapura tidak dapat balik,’katanya lagi.

Arvintran yang bertindak sebagai ketua keluarga itu juga terpaksa memikirkan dirinya ditahun akhir pengajian dan mengambil keputusan pulang ke UUM dengan menaiki motosikal disebabkan masa terlalu singkat untuk pembelian tiket bas atau keretapi.

Pelajar ini akhirnya sampai ke kampus pada jam 11.00 pagi dan menjalani urusan pendaftaran dan ujian saringan sebelum ditempatkan di Inapan Grantt UUM.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com