Friday, 26, April, 2024
Utama Sukan KAKB intai peluang pelaburan dalam pasukan lain di Liga Malaysia

KAKB intai peluang pelaburan dalam pasukan lain di Liga Malaysia

oleh Ammar Haziq

TEKS/FOTO KOPERASI ANAK KEDAH BERHAD

Alor Setar – Pengumuman YAB Menteri Besar Kedah baru-baru ini berkenaan keputusan MBI menjual saham mereka dalam KDA FC kepada sebuah syarikat belum lagi menamatkan persoalan tentang pemilikan pasukan tersebut.

Status bakal pemilik tersebut masih dirahsiakan oleh KDA FC walaupun ramai yang boleh meneka siapa atas kehadirannya di beberapa perlawanan melibatkan pasukan Kedah.

Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) sebagai salah satu pihak yang bersungguh dari awal untuk mengambil alih pasukan tersebut sudah boleh mengucapkan selamat tinggal dengan pengumuman tersebut.

Menurut penasihat KAKB, En Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman, “sebagai anak Kedah memang hajat nak berbakti di negeri sendiri, tapi apakan daya.”

“Fokus KAKB sekarang adalah meneruskan hasrat melabur dalam pasukan bolasepak lain dalam liga Malaysia. Kita nak buktikan yang kita mampu menguruskan pasukan dengan baik dan profesional dan paling penting jana keuntungan. Kita nak buktikan idea “fan based club” boleh berjaya di Malaysia.”

Ujar beliau lagi, pasukan khas yang dibentuk KAKB sedang giat meneliti pasukan-pasukan yang dirasakan sesuai dan sanggup berbincang dengan pengurusan yang jujur. “Lagipun kita dah ada dana.”

“SKM pun beri isyarat positif setelah lihat model perniagaan kita.”

Beliau dilaporkan berkata demikian sewaktu menyaksikan perlawanan antara Kedah dan Pahang di Stadium Darulaman , Alor Setar semalam. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan pasukan Lang Merah tersebut 3-2.

Beliau hadir semalam atas jemputan khas Pahang FA.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com