Thursday, 28, March, 2024
Utama Negeri Panjat papan tanda mahu bunuh diri

Panjat papan tanda mahu bunuh diri

oleh Ammar Haziq

FOTO IHSAN BOMBA KEDAH

ALOR SETAR – Cubaan seorang remaja Thailand yang cuba membunuh diri dengan memanjat papan tanda di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar berjaya digagalkan oleh Bomba dan Penyelamat Kedah kira-kira jam 12.53 tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, usaha memujuk mengambil masa kira-kira 30 minit termasuk menurunkan mangsa dari papan tanda tersebut.

Menurutnya, khidmat seorang anggota pasukan bomba sukarela yang boleh bercakap dalam Bahasa Thailand digunakan memujuk remaja berusia 16 tahun itu.

“Ketinggian papan tanda tersebut adalah kira-kira 30 kaki dan operasi menyelamat ini mengambil masa hampir 30 minit untuk memujuk dan menurunkan mangsa.

“Mangsa telah diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selajutnya dan Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.07 pagi tadi,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com