Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Konvokesyen ke-33 UUM dibatalkan

Konvokesyen ke-33 UUM dibatalkan

oleh Ammar Haziq

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) prihatin mengenai perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 berdasarkan laporan semasa daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penularan wabak COVID-19 ini telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik. Oleh itu, pihak pengurusan UUM mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekankan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UUM dan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira nasihat dan saranan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), maka pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju supaya MAJLIS KONVOKESYEN KE-33 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) bagi tahun 2020 DIBATALKAN.

Graduan dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA), UUM (www.hea.uum.edu.my) mulai 5 November 2020 bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah memperolehi transkrip dan ijazah masing-masing.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala dan semoga kita semua sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta menghidupkan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan harian kita.

Sekian, terima kasih.

JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
28 Oktober 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com