Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Warga emas jual kuih kumpul duit bedah mata

Warga emas jual kuih kumpul duit bedah mata

oleh Ammar Haziq

JITRA- Warga emas Hanapiah Mahmud 76 yang tinggal di Gelong Rambai, Jitra memerlukan RM5,600 untuk menjalani pembedahan di kedua belah mata di Sungai Petani, Kedah.

Pembedahan kedua matanya itu tertangguh sejak Pandemik Koronavirus (COVID-19) sejak Mac lalu.

Beliau yang ditemui berkata, kedua belah matanya kurang jelas dan Doktor yang merawatnya memaklumkan pembedahan perlu dilakukan bagi membuang selaput mata.

“Pakcik akur dan mula mengumpul wang untuk menjalani pembedahan mata seperti yang dimaklumkan oleh doktor,’ katanya ketika ditemui dirumahnya.

Sementara itu pelajar Pengurusan Awam, Pusat Pendidikan Professional dan Lanjutan (Pace) Universiti Utara Malaysia (UUM) Nur Fatin Najwa Peteri bersama rakan pengajian Nur Sabrina Samsudin dan Presiden Inapan Siswa Malten UUM Muhammad Saniy Samsudin sempat menziarahi rumah kedua warga emas ini untuk mendapatkan maklumat bagi membantu mereka.

Dalam pertemuan itu mereka mendapatkan nombor akaun Maybank milik Hanapiah Mahmud 152068789172.

‘Setiap hari pakcik ini akan menjual lepat pisang, tepung bungkus dan pulut udang yang di buat oleh isterinya Doyah Kasa 70 tahun,’ kata Nur Fatin Najwa Peteri 23.

Katanya, setiap pagi makcik Doyah akan bangun pada jam tiga pagi untuk membuat kuih yang akan dijual di tepi jalan berhampiran Hospital Jitra oleh pakcik Hanapiah.

Dalam pada itu Presiden Inapan Siswa Malten UUM Muhammad Saniy Samsudin yang ditemui berkata, hasil perbincangan dan pandangan dari Pengetuanya Dr Rohani Abdullah membuatkannya mengunjungi pakcik ini untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi tindakan Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) Biro kebajikan dan Keselamatan.

‘ Biro Kebajikan dan Keselamatan serta JKPS akan cuba membantu pakcik ini bagi mengumpul dana untuk pembedahan matanya nanti,’ujarnya ketika ditemui.

Semasa pertemuan dirumah pakcik ini mereka dimaklumkan penjualan kuih ini bermula sejak jam dua petang setiap hari dan mereka juga bersedia menerima tempahan dari penduduk kampung.

Mereka yang ingin membantu pakcik ini boleh menghubungi talian 0125328845 untuk keterangan lanjut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com