Friday, 29, March, 2024
Utama Politik Amalkan tabayyun, hentikan fitnah di media sosial

Amalkan tabayyun, hentikan fitnah di media sosial

oleh Ammar Haziq

SIARAN MEDIA PESURUHJAYA PAS KEDAH

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ ‎

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Sejahtera.

PAS Kedah memandang serius hantaran-hantaran (posting) dalam media sosial yang berbentuk fitnah dan tidak berasas khususnya terhadap pimpinan serta kerajaan negeri dan negara sejak akhir-akhir ini.

Perbuatan yang dilakukan ini telah mengundang kegusaran dan ketidaktenteraman dalam masyarakat apabila berita fitnah ini tular tanpa kawalan lebih-lebih lagi dalam suasana wabak Covid19 masih berleluasa.

PAS Kedah ingin mengingatkan bahawa Allah SWT berpesan agar umat Islam perlu bersikap hati-hati dengan cara meneliti dan mencari bukti yang berkait dengan isu mengenai sesuatu tuduhan atau hal yang menyangkut tentang identiti seseorang.

Adab atau sikap yang terkait dengan “tabayyun” ini ditekankan agar kita tidak terjerumus dalam kancah fitnah termasuk juga mengelakkan daripada mendengar atau membaca berita yang membahas keaiban dan membahayakan pemikiran. Demikianlah akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran.

Firman Allah SWT,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan,

Surah Al-Hujurat : 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Surah Al-Hujurat : 12

Marilah kita mengamalkan norma baru dalam berpolitik dengan mnjadikan al Quran sebagai panduan. Politik kita tidak terhenti dengan kematian, tetapi setiap tindakan akan dihitung dan diberi balasan di hari kebangkitan.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

HJ AHMAD BIN YAHAYA

Pesuruhjaya PAS Kedah
29 Safar 1442H | 17 Oktober 2020

https://www.facebook.com/307834932588786/posts/3535159283189652/

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com