Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri 4 sekolah di Kedah ditutup sehingga 17 Oktober

4 sekolah di Kedah ditutup sehingga 17 Oktober

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Empat buah sekolah di Kedah ditutup bermula hari ini sehingga 17 Oktober berikutan penularan kes positif koronavirus (Covid-19), kata Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata.

Sekolah-sekolah tersebut membabitkan dua buah sekolah masing-masing di daerah Baling dan Pokok Sena.

Jelasnya, sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor, SMK Baling, SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menyerahkan surat makluman tersebut kepada 4 sekolah terbabit,”katanya.

Sementara itu, difahamkan empat sekolah ditutup kerana guru dan murid disahkan oleh pejabat Kesihatan Daerah positif Covid 19.

Tujuan penutupan adalah untuk proses saringan kepada guru-guru dan murid-murid yang menjadi kontak rapat dan proses nyah kuman atau sanitasi kawasan sekolah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com