Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri UUM minggu suai kenal melalui digital

UUM minggu suai kenal melalui digital

oleh Ammar Haziq
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani sedang berinteraksi dengan pelajar baharu pada Minggu Suai Kenal secara digital kepada pelajar baharu Semester Pertama 2020/2021.

FOTO/TEKS UUM

SINTOK – Julung kalinya UUM memperkenalkan Minggu Suai Kenal secara digital di Facebook rasmi UUM kepada pelajar baharu Semester Pertama 2020/2021.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu.

“UUM mencipta sejarah pada hari ini kerana buat pertama kalinya Minggu Suai Kenal (MSK) berlangsung secara atas talian (online) berikutan pandemik Covid-19.

“Di saat pandemik Covid-19 masih lagi belum berakhir, saya ingin berpesan kepada pelajar supaya menjaga diri serta sentiasa mematuhi arahan kerajaan bukan sahaja pelajar tempatan malahan antarabangsa Zimbabwe, India, Indonesia Qatar dan Yemen agar kita dapat memutuskan penularan wabak ini,” katanya pada Sesi Santai Naib Canselor Bersama Pelajar Baharu Semester Pertama 2020/2021 dari Bilik Mesyuarat Naib Canselor, semalam.


Dalam sesi selama satu jam itu, beliau menerangkan tentang latar belakang UUM termasuk pihak pengurusan, staf, kemudahan yang disediakan, pusat pengajian dan pencapaian universiti.

“Saya berharap keadaan akan kembali normal dan pelajar dapat datang secara fizikal dan saya yakin pelajar juga tidak sabar untuk menikmati kehidupan di kampus Sintok,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar yang bertanyakan pelbagai soalan mengenai UUM.

Naib Canselor berkata, pada kemasukan kali ini UUM telah menerima 4,477 pelajar baharu menerusi pendaftaran secara online.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 1,169 adalah pelajar lelaki dan 3,258 pelajar perempuan serta 50 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com