Peminat naik helikopter jumpa pendikir tersohor

1254

Legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid terharu dengan kunjungan peminat setia lagu-lagunya iaitu jutawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin yang hadir ke kediamannya beliau dengan menaiki helikopter pada Jumaat lalu di Ampang, Selangor.


Beliau yang telah berkecimpung di dalam industri seni sejak 40 tahun lalu tidak menyangka lagu dikir barat bertajuk Diri Ambo @ Bakit Asal menjadi inspirasi kepada lelaki berusia 33 tahun itu sejak sekian lama.

Menurutnya, dikunjungi anak muda yang bersemangat tinggi umpama itu semata-mata mahu mengambil koleksi lagunya yang diisi di dalam ‘pendrive’ menjadi satu daripada tiga kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya.


“Pertama, saya dibawa oleh satu team produksi TV3 menjelajah negara Amerika Syarikat, membawa dan memperkenalkan seni dikir, sambil menyelami muzik dan masyarakat Blues di sana.


“Kedua, saya membuat persembahan khas nyanyian lagu dikir saya di Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.


“Ketiga dan yang terkini ialah kunjungan seorang peminat istimewa saya Azlan Al Amin ke rumah saya di Sepang Selangor semalam, Jumaat 2 Oktober 2020.Azlan yang sejak dari bangku sekolahnya lagi meminati lagu-lagu saya dan menjadi peminat saya, datang dengan helikopternya dan mendarat di satu ruang lapang yang  jaraknya 30 meter sahaja dari pintu rumah saya. Bagi saya kunjungan Azlan semalam sangat istimewa dan terhormat,”katanya yang dipetik melalui Facebook rasminya.


Halim berkata, belum pernah ada seorang peminat datang bertemu dan mengunjungi saya dengan helikopker dan beliau belum pernah dengar cerita orangdikir lain dikunjungi dengan cara begini.

“Walaupun kata Azlan dia datang untuk mengambil sendiri dari tangan saya satu unit pendrive koleksi lagu-lagu saya, tetapi bagi saya, tujuan dan hasratnya lebih dari itu. Dia mahu saya dikenali lebih dari yang dikenali sebelum ini. 


“Dia mahu karya-karya seni dikir saya dihayati ramai lebih dari yang ramai dihayati sebelum ini. Dia mahu tenaga ilham saya berkarya lebih dari tenaga karya saya sebelum ini. Dia mahu isi karya saya terus menjadi karya bermotivasi dan memberi inspirasi kepada orang lain, lebih dari apa yang terjadi sebelum ini,”katanya lagi.

Tambahnya, jutawan tersebut itu juga berterusan motivasi agar dirinya tidak jemu dan terus berjuang di dalam dunia seni selain mahu membantu memperluaskan langkahnya untuk berdakwah melalui dikir barat.


“Beliau mahu mengatur dan merancang dgn lebih kemas lagi segala kerja seni saya demi memperluaskan lagi rezeki saya hasil dari seni ini, kerana baginya masih banyak lagi peluang saya dengan itu dan untuk itu,”jelasnya.


Halim berkata, Azlan adalah seorang jutawan hartanah yang masih gagah fiizal dan minda, menjadi role model bagi para usahawan. 

“Saya cuma orang seni yang sudah tua dan duduk di hujung kampung,berkarya untuk hati sendiri. Namun, walaupun aras kehidupan duniawi kami yang jauh berbeza ini, rupanya ada hati dan jiwa yang sama dan dengan itu saya merasa tersungguh bangga dan syukur,”katanya.

Bagi peminat lagu-lagu dikir jika erhajat boleh whatsapp abe Halim di talian 019 9865151 atau tekan link ini http://www.wasap.my/60199865151/pendrive+Dikir+Halim+yazid