Friday, 29, March, 2024
Utama Politik Saya boleh sarankan Agong bubar parlimen – PM

Saya boleh sarankan Agong bubar parlimen – PM

oleh Ammar Haziq

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pilihan  menyarankan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan parlimen jika dititahkan untuk mengadap.

Bercakap di dalam ceramahnya di Dewan Pisompuruan Tambunan, Sabah, hari ini, itu salah satu pilihan yang boleh dilakukan selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika benar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim betul mempunyai jumlah sokongan di parlimen.

Kelmarin, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Menurutnya, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Katanya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com