Thursday, 18, April, 2024
Utama Negeri Kubur ‘berdarah’ ditimbus kembali

Kubur ‘berdarah’ ditimbus kembali

oleh Ammar Haziq
Kubur yang dikatkan berdarah itu menarik perhatian penduduk.

ALOR SETAR – Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Irfan Derga, Alor Setar membuat keputusan untuk menimbus kembali kubur yang dikatakan ‘berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan yang tular hari ini.

Setiausaha Masjid tersebut, Yahya Saad seperti dipetik melalui Kosmo Online berkata, beliau telah dihubungi beberapa kakitangan masjid pada petang tadi.

“Saya tidak pasti sama ada cecair tersebut adalah darah ataupun sebaliknya selepas turun melawat dan melihat keadaan kubur tersebut.

“Hasil perbincangan dengan AJK masjid, kami mengambil keputusan untuk menimbus kembali kubur itu pada petang tadi bagi mengelakkan fitnah,”katanya.

Yahya berkata, beliau juga berharap kejadian tersebut tidak ditularkan oleh masyarakat kerana kejadian berkenaan belum sahih.

Tambahnya, satu laporan polis akan dibuat pada malam ini dan Jabatan Agama Islam Kedah juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini dan pihak berkenaan akan turun untuk membuat siasatan esok.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com