Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Anak ugut bunuh ibu jika tak bagi RM80

Anak ugut bunuh ibu jika tak bagi RM80

oleh Ammar Haziq
Suspek (tengah) dibawa ke IPD Kulim untuk ditahan sebelum proses reman dijalankan. FOTO POLIS IPD KULIM

KULIM – Seorang penganggur ditahan polis semalam di sebuah taman perumahan di Kulim kerana mengugut untuk membunuh ibunya jika permintaannya RM80 tidak dipenuhi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam pada Khamis lalu itu menyaksikan ibu mangsa terpaksa melarikan diri ke rumah jiran untuk menyelamatkan dirinya.

“Anak lelaki pengadu telah bertindak mengacukan pisau ke arah pengadu dan mengugut untuk bunuh pengadu. Anak pengadu juga telah merosakkan pintu bilik utama, peti sejuk dan mesin basuh.

“Pengadu yang ketakutan bertindak melarikan diri dari rumah dan tinggal dirumah jirannya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar berkata, semasa tangkapan dibuat dan hasil soal siasat suspek telah mengaku dalam kes tersebut.

Sebilah pisau dan dadah heroin seberat 0.60 gram turut dirampas daripada suspek.

“Polis turut merampas satu plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis Heroin anggaran berat lebih kurang 0.60 gram dan sebilah pisau ukuran panjang lebih kurang 23 sentimeter.


“Siasatan lanjut akan dibuat selepas prosiding reman dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com