Saturday, 20, April, 2024
Utama Politik Ahli keluar parti: Bersatu Pokok Sena tidak tergugat

Ahli keluar parti: Bersatu Pokok Sena tidak tergugat

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) Bahagian Pokok Sena tidak tergugat dengan tindakan sebahagian kecil ahli parti itu yang bertindak keluar parti.

Tindakan kumpulan tersebut bukan sahaja dapat membersihkan parti daripada anasir yang mempunyai kepentingan tertentu, malah membuka mata dan menarik sokongan banyak pihak yang tampil menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku presiden parti.

Ketua Bahagian BERSATU Pokok Sena, Muhammad Amri Wahab berkata sejak dilantik menjadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah menunjukkan contoh sebenar seorang pemimpin negara yang sentiasa mementingkan agenda pembangunan untuk rakyat di semua peringkat.

“Pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan kepada rakyat di semua peringkat semasa wabak Covid-19 melanda negara menunjukkan Perdana Menteri sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan keperluan rakyat..Justeru tidak ada sebab untuk ahli parti khususnya untuk tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin…” Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat BERSATU bahagian Pokok Sena yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Pokok Sena semalam dihadiri 251 daripada 267 perwakilan atau 94 peratus.

“ia menunjukkan bahawa tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa BERSATU Bahagian Pokok Sena telah terbubar adalah tidak benar sama sekali..malah tiada cawangan yang terbubar..” Katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com