Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik Covid-19 : Pas Kedah arah hentikan Program parti berbentuk himpunan

Covid-19 : Pas Kedah arah hentikan Program parti berbentuk himpunan

oleh Ammar Haziq
Musodak

Pertambahan mendadak kes Covid-19 di Negeri Kedah mutakhir ini sangat membimbangkan.

Dalam perkembangan terkini, enam buah Daerah di negeri ini telah dikesan terdapat kes Covid-19 iaitu; Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Baling, Kuala Muda dan Yan.

Ekoran situasi yang membimbangkan itu, maka Badan Perhubungan PAS Kedah memutuskan supaya semua entiti PAS di negeri ini membatalkan atau tidak menganjurkan sebarang program yang membabitkan himpunan sehingga ke suatu tarikh yang diberitahu kelak.

Ahli-ahli PAS juga digesa mematuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, demi mempastikan rangkaian pandemik Covid-19 berjaya diputuskan.

Marilah kita terus memantapkan munajat dan doa ke hadrat Allah SWT supaya mengangkat segera pandemik yang sedang melanda ini.

MUSODAK BIN HJ AHMAD
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.
15 Ogos 2020.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com