Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Pemain Kedah kecewa gaji belum dapat

Pemain Kedah kecewa gaji belum dapat

oleh Ammar Haziq
luahan Shakir.

ALOR SETAR – Beberapa pemain Kedah mula meluahkan rasa kecewa mereka di laman media sosial semalam berhubung gaji mereka yang belum diperolehi sejak lima bulan lalu.


Difahamkan masih belum ada perkembangan terbaharu tentang kemelut gaji Lang Merah selepas pelantikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada 12 Julai yang lalu.


Pertahanan import Kedah dari Singapura, Shakir Hamzah meluahkan bahawa hidupnya semakin sukar kerana. Masih belum mendapat gaji.


“Ada tak doa untuk sotong timbul cepat sikit? Nazak da nie. Pening ai…,” tulis Shakir.


Perkara sama turut diluahkan seorang lagi pertahanan import Kedah, Renan Alves yang menaikkan status emoji lima jari menandakan tunggakan gaji lima bulan.


Bagi penjaga gol Kedah pula, Shahril Saari bertanya bilakah penderitaan yang dialui oleh Lang Merah ini akan berakhir.


“Apa ke ‘gila’ lima bulan tak ada berita (gaji tertunggak) apa nie. Yang baru masuk untuk penuh tempat kosong je?” soal Shahril. – KG

Luahan Shahril.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com