Friday, 26, April, 2024
Utama Nasional Malaysia dijangka berdepan gelombang mendadak kes Covid-19

Malaysia dijangka berdepan gelombang mendadak kes Covid-19

oleh Ammar Haziq
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pengesanan beberapa kluster baru Covid-19 menyaksikan Malaysia dijangka berdepan peningkatan gelombang pandemik tersebut dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kehadiran kluster baharu menyebabkan kadar jangkitan pandemik tersebut telahpun meningkat.

Menurutnya, kadar tersebut telahpun meningkat 1.33 kepada 1.36 iaitu peningkatan sebanyak 0.03 berbanding tiga minggu lalu.

“Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6 dan bererti lebih ramai dijangkiti.

“Pada 9 Julai lalu, jumlah kes aktif adalah 63 kes dan hari ini 143 kes iaitu kenaikan berganda,” katanya pada sidang media KKM hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, beliau menggesa orang ramai untuk terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan norma baru dengan mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan membasuh tangan dengan sabun dan air,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com