Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Polis Kota Setar terus gempur premis judi, potong bekalan elektrik

Polis Kota Setar terus gempur premis judi, potong bekalan elektrik

oleh Ammar Haziq

Sebanyak 10 lagi buah premis dipotong bekalan elektrik sebagaimana peruntukkan Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Operasi dijalankan pada 21 Julai 2020 antara jam 9 pagi hingga 11 pagi semalam.
Jumlah pemotongan bekalan elektrik terhadap premis yg didapati menjalankan kegiatan perjudian sehingga sekarang adalah 53 buah premis. 


Tindakan pemotongan ini diambil selepas tindakan serbuan dan tangkapan dijalankan terhadap individu yang menjalankan kegiatan ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu langkah yang diperuntukkan undang-undang bagi memastikan kegiatan judi ini dapat dihentikan. 


Tindakan berterusan akan terus dibuat bagi memastikan kegiatan ini dapat dihentikan. Ibupejabat Polis Daerah Kota Setar akan terus konsisten mengambil tindakan dan amat mengalu-alukan maklumat orang ramai berkaitan perkara ini.


Superintendan Mohd Redzuan Salleh, Pemangku Ketua Polis DaerahKota Setar

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com