Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Terkejut lihat sawa batik ‘rehat’ atas motorsikal

Terkejut lihat sawa batik ‘rehat’ atas motorsikal

oleh Ammar Haziq
10 minit diperlukan oleh APM Padang Terap untuk menangkap ular sawa yang cuba melawan mereka.

FOTO APM PADANG TERAP


KUALA NERANG – Seorang penghuni Taman Desa Kenangan, Kuala Nerang terkejut apabila melihat motosikalnya djadikan sebagai tempat ‘rehat’ oleh seekor ular sawa batik pada Rabu lalu.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, penghuni tersebut, Muhd Elias  Mohd Nor menghubungi APM untuk meminta bantuan dan anggotanya tiba di lokasi kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah pengadu, selepas diperiksa mendapati terdapat seekor ular sawa cuba menjadikan sebuah motosikal sebagai tempat ‘rehat’nya.


“Anggota mengambil masa  kira-kira 10 minit untuk menangkap ular  tersebut. ular sawa itu bertindak menyerang anggota APM bagaimanapun akhirnya reptilia tersebut berjaya ditangkap. Panjang ular tersebut dianggarkan 4 meter dan berat sekitar 5 kilogram,”katanya kepada KG.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com