Thursday, 25, April, 2024
Utama Umum Mati kelar diri di Parkir Hospital Sultanah Bahiyah

Mati kelar diri di Parkir Hospital Sultanah Bahiyah

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemui mati di dalam kereta di kawasan Parkir Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan didapati terdapat kesan kelar di bahagian tangannya pada petang semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima makluman kematian lelaki berusia 40an tersebut pada jam 6.48 petang.


“Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai mayat dalam keadaan terbaring di tempat duduk penumpang bahagian belakang di dalam kenderaan kereta milik si mati sendiri yang masih enjin tidak di matikan.

 
“Pemeriksaan lanjut, telah menjumpai sebilah pisau jenis slide terdapat kesan darah di mata pisau di bahagian pintu sebelah kanan pemandu. Kad Rawatan Hospital si mati juga berada di tempat simpan barang di bahagian tengah kerusi hadapan,”katanya dalam satu kenyataan malam semalam.


Tambahnya, tindakan mengesan waris si mati dijalankan dan siasatan masih lagi diteruskan. 

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com