Friday, 29, March, 2024
Utama Umum Gesa ambil tindakan tegas kepada pengkhianat negara bekerja dengan TV Al Jazeera

Gesa ambil tindakan tegas kepada pengkhianat negara bekerja dengan TV Al Jazeera

oleh Ammar Haziq
Tindakan Al Jazeera yang menyiarkan fakta yang salah mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Saya difahamkan ada dua orang Kakitangan rakyat Malaysia Yang bekerja di TV Al Jazeera di Kuala Lumpur, ini masanya KDN menunjukkan ketegasan pada mereka bahawa Kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan mereka kerana memberi kenyataan nagatif dan memburukan kerajaan pada pihak luar.


Apa hak mereka untuk kecam perlaksanaan undang-undang dalam negara Kita, tolong suruh mereka tanya negara negara lain, adakah mereka setuju untuk melindungi pendatang asing tinggal dalam negara mereka, melanggar undang undang di negara mana pun adalah satu kesalahan tidak kira waktu atau musim.


Namapun PATI, pendatang tanpa Izin, apa yang kita tahu mereka ada lah pembawa virus corona yang berselindung dari pihak berkuasa, lagi pun atas dasar perikemanusian Kerajaan Kita telah pun mendapat pujian dari kedutaan beberapa negara diatas tindakan yang kita telah laksanakan selepas mereka ditahan.


Oleh Yang demikian Saya sokong diatas seranan Datuk Ketua Pengarah Imigresen bahawa orang asing tidak kira status pas yang mereka dapat wajib dibatalkan dan mereka diusir keluar dari negara ini kerana mereka telah memberi kenyataan yang salah serta memburukan nama Malaysia diluar negara, PPMM pohon Kerajaan malaysia segerakan tindakan keatas mereka ini. 


Lt Col (H) Che Hassan Che Johan, Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com