Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Lelaki maut kereta jatuh jalan curam di Kulim

Lelaki maut kereta jatuh jalan curam di Kulim

oleh Ammar Haziq
Keadaan kereta mangsa.

FOTO Bomba Penyelamat Kedah

KULIM -Seorang lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda jenis Honda CRV yang dinaikinya dipercayai terbabas dan jatuh di laluan curam di Kampung Sungai Ular, Kulim, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, mangsa yang dikenali sebagai Wan Syazwi Wan Ahmad Basharuddin, 33 telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal di jalankan di tempat kejadian, dapati mangsa dalam perjalanan dari arah Serdang ke Kulim pada 3 julai jam lebih kurang 6 petang untuk pulang ke rumahnya, sampai di satu selekoh di Jalan Sungai Ular, kereta yang dipandu oleh mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan dan terus terjatuh ke dalam curam di tepi jalan.

“Bomba telah dipanggil ke lokasi kejadian untuk bantuan. Mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat. Punca kematian masih lagi dalam siasatan,”katanya.

Bomba turut dipanggil untuk membantu pasukan polis.

Azhar berkata, beliau meminta jika ada penyaksian tentang kemalangan tersebut bolehlah berhubung dengan Inspektor Rusnizam Mahaya Din di IPD Kulim untuk membantu siasatan.- KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com