Friday, 26, April, 2024
Utama Nasional 300 lagi kakitangan Media Prima terima notis pemberhentian

300 lagi kakitangan Media Prima terima notis pemberhentian

oleh Ammar Haziq
Siaran akhbar Media Prima tentang 300 stafnya yang terpaksa diberhentikan olehnya.

KUALA LUMPUR – 300 kakitangan lagi Media Prima Bhd (Media Prima) dimaklumkan menerima notis pemberhentian kerja dan tarikh akhir perkhidmatan mereka ialah pada 31 Julai 2020.

Pemberhentian ini adalah pusingan kedua dilakukan oleh Konglemerat media itu selepas pemberhentian pada Mac lalu yang melibatkan 543 kakitangan.

“Sebelum ini, Media Prima mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan fasa transformasi perniagaan yang seterusnya. Perubahan yang mengganggu dalam sektor media dan keadaan ekonomi makro yang mencabar, dijejaskan lagi oleh faktor pemboleh ubah yang tidak diketahui akibat pandemik COVID-19,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, faktor-faktor ini memaksa syarikat berkenaan mempercepatkan pelaksanaan fasa transformasi yang merangkumi semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos yang bersesuaian.

“Inisiatif-inisiatif ini melibatkan perubahan operasi di unit-unit terpilih untuk mengatasi ketakcekapan kos yang timbul dari pertindihan kerja,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com