Thursday, 25, April, 2024
Utama Politik Veteran PAS, Subky Latif meninggal dunia

Veteran PAS, Subky Latif meninggal dunia

oleh Ammar Haziq
Subky Latif

Bekas wartawan kanan yang juga veteran PAS, Subky Abdul Latif dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook oleh anak-anaknya.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” tulis mereka. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com