Friday, 29, March, 2024
Utama Umum Gesaan RCI Tabung Haji wajar bagi bongkar ‘Tai Chi’ PH

Gesaan RCI Tabung Haji wajar bagi bongkar ‘Tai Chi’ PH

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah menyokong gesaan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat penyelewengan dalam Tabung Haji.

Ketua Penerangan Pergerakan Pwmuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata RCI itu perlu segera ditubuhkan bagi mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan.

“Selagi tidak wujud satu siasatan bebas yang menyeluruh terhadap pentadbiran intitusi itu semasa zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH), selagi itu TH akan terus menghadapi fitnah yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap pengurusannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata RCI itu juga perlu bagi menamatkan kemelut berpanjangan TH yang sejak beberapa tahun ini sering didakwa berlaku salah urus.

Katanya, RCI adalah jalan terbaik mencari penyelesaian merungkai masalah dan sekiranya ada pihak yang terbukti terlibat dalam sebarang salah laku pengurusan maka tindakan undang-undang harus menyusul selepas itu.

“Sejak PH memerintah PH sering dijadikan alat mainan persepsi politik mereka, maka sekarang adalah masa terbaik merungkai semuanya biar rakyat dapat menilai sendiri sandiwara kerajaan PH selama ini,” kata beliau.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi mencari kebenaran di sebalik pelbagai urusan TH yang diputuskan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.

Antara perkara yang perlu disiasat termasuk keputusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang didakwa meluluskan Hak Perlucutan Pertama (First Right of Refusal) terhadap pembelian semula 18 aset hartanah TH yang dipindahkan ke Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB),

Dr Asyraf Wajdi juga mencadangkan RCI menyiasat dakwaan berlaku jualan lambak 76.2 peratus ladang milik TH Plantations berkeluasan 101,000 hektar yang kini tinggal 24,000 hektar, aset TH bernilai RM10 bilion yang dijual kepada UJSB seperti tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM400 juta dan penjualan hotel TH seluruh Malaysia. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com