Saturday, 20, April, 2024
Utama Politik Nur Aizat sedia pukul amanah

Nur Aizat sedia pukul amanah

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru dilantik, Muhamad Nur Aizat Noor Azam merupakan satu amanah yang berat dan harus dipikul selepas diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.

Muhamad Nur Aizat yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki atas pelantikan dan kepercayaan yang diberikan itu.

“Besar pengharapan yang diberikan oleh Dato KPUM (Asyraf Wajdi), maka besarlah tanggungjawab yang harus saya tunaikan,” katanya dalam ciapan di Facebook miliknya hari ini.

Beliau yang merupakan Pegawai Khas kepada Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata, seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO diharapkan terus istiqomah dan kekal fokus berusaha untuk menjalankan gerak kerja yang dapat membuahkan hasil yang baik iaitu UMNO kembali relevan di mata serta hati anak muda.

“Terima kasih jua sahabat-sahabat saya yang di barisan kepimpinan Pemuda Pusat kerana sudi menerima kehadiran saya serta tidak dilupakan nadi saya, rakan-rakan Pemuda UMNO Merbok dan Kedah yang senantiasa memberikan sokongan serta dorongan untuk terus bergerak ke hadapan,” ujarnya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com