Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Remaja perempuan 14 tahun lakukan seks suka sama suka dengan 5 lelaki

Remaja perempuan 14 tahun lakukan seks suka sama suka dengan 5 lelaki

oleh Ammar Haziq
FOTO Sinar Harian.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Tikam Batu, Sungai Petani mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berbeza.

Pengakuan itu dibuat olehnya pada 9 Jun lalu selepas remaja itu ditangkap bersama lima remaja berusia 16 hingga 19 tahun di tepi hutan kawasan gelap Taman Delima, Tikam Batu oleh penduduk kampung sehari sebelum itu.

Pelajar  tingkatan 2 itu mengakui telah  senyap-senyap keluar dari rumah pada waktu malam apabila datuk dan neneknya telah tidur dan mangsa telah melakukan seks dengan lima kawan lelaki yang dikenali dengan rela beberapa kali.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, Kesemua suspek telah ditahan oleh orang kampung dan telah diserahkan kepada Balai Polis Tikam Batu.


“Mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan terdapat kesan koyakan baru dalam tempoh 24 jam pada hyment mangsa jam 6 dan kesan koyakan lama pada jam 3,9,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semua OKT (orang kena tahan) telah direman dari tarikh ditangkap dan akan diberikan jaminan polis pada hari ini. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com