Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Pemuda UMNO Alor Setar sumbang kerusi roda

Pemuda UMNO Alor Setar sumbang kerusi roda

oleh Wartawan Kedah Gazette
Syed Mohd Johan Rizal menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Ku Zullkhairi di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menyumbangkan kerusi roda bagi kegunaan pesakit kencing manis yang terpaksa di potong kaki.

Sumbangan diserahkan kepada Ku Zullkhairi Ku Yahya yang juga bekas ketua Cawangan UMNO Kampung Pegawai, semasa kunjungan ke rumah hari ini.

Syed Mohd Johan Rizal berkata, kerusi roda itu dapat memudahkan pergerakan Ku Zullkhairi, yang telah menghidap kencing manis sejak beberapa tahun lepas.

“Beliau (Ku Zullkhairi) adalah seorang pejuang UMNO yang rajin dan banyak berkorban untuk kelangsungan parti. Kalau bukan kita yang kenang siapa lagi,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com