Friday, 19, April, 2024
Utama Politik Ke manakah hala tuju Bersatu? – Amiruddin

Ke manakah hala tuju Bersatu? – Amiruddin

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah mempersoalkan ke mana hala tuju parti Bersatu selepas terdapat dalam bekas pemimpinnya telah mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dengan membentuk gabungan baharu, Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang telah digugurkan keahlian baru-baru ini berkata, pemimpin-pemimpin Bersatu mahu membersihkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, memperkasa “Rule of Law”, mereformasikan institusi dan fokus membasmi kemiskinan rakyat.

Malah katanya, parti itu juga sangat komited khususnya Ahli Parlimen Bersatu untuk memperkasa nasib orang Bumiputera.

“Namun hari ini, berbeza dengan apa yang kita sangkakan. Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui jalan yang kita sukar untuk fikirkan.

“Pakatan-pakatan politik yang hanya inginkan kuasa, dibina dan digerakkan secara diam. Sebahagian daripada kita juga, menjadi watak utamanya,” katanya dalam ciapan di Facebook miliknya.

Amiruddin menambah, sebelum ini, bekas pemimpim Bersatu itu menegaskan bahawa “Kita hapuskan rasuah”, “Kita tolak UMNO” dan sebagainya pada Perhimpunan Agung Bersatu.

“Tetapi hari ini, mereka duduk bersama membentuk gabungan baharu lantas PH dikhianati,” katanya lagi.

Beliau yang menyertai Bersatu pada November 2017 yang lalu berkata, ianya sudah pasti merupakan suatu keputusan yang paling besar dalam hidupnya.

Beliau yang telah digugurkan keahlian baru-baru ini berkata, pada Perhimpunan Agung Bersatu sebelum ini, pemimpin Bersatu terlibat menegaskan bahawa “kita hapuskan rasuah”, “kita tolak UMNO”, mahukan membersihkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, memperkasa “Rule of Law”, mereformasikan institusi dan fokus membasmi kemiskinan rakyat.

Bagaimanapun, jelasnya, pada hari ini mereka duduk bersama membentuk gabungan baru dan Pakatan Harapan dikhianati.

“Apa sudah jadi dengan politik Malaysia hari ini?

“Soalan yang penting untuk kita fikirkan bersama ialah, ke manakah hala tuju parti hari ini? Bagaimana parti ini mahu digerakkan kembali? Apa sebenarnya sebab paling asas parti ini ditubuhkan?,” katanya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan berkata, ketika menyertai Bersatu pada November 2017 yang lalu, ianya sudah pasti merupakan suatu keputusan yang paling besar dalam hidupnya.

“Keterlibatan saya pertama kali bersama parti ini kerana saya mendokong semangat dan prinsip parti untuk menjunjung tinggi sistem demokrasi, mempertahankan agama, memperkasa bangsa dan paling utama ialah berjanji setia untuk menolak rasuah secara total, melawan salah guna kuasa dan membina budaya baharu dalam urus tadbir negara dan mencorak naratif politik yang lebih segar buat Malaysia,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com