Thursday, 18, April, 2024
Utama Politik Bersatu Merbok tolak Pemecatan Tun M dan empat MPT Bersatu

Bersatu Merbok tolak Pemecatan Tun M dan empat MPT Bersatu

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA
PARTI BERSATU BAHAGIAN MERBOK

  1. Bersatu Bahagian Merbok mengambil maklum mengenai penularan sepucuk surat bertarikh 28.5.2020 yang ditandatangani oleh Kapten Muhammad Suhaimi Bin Yahtya (Bersara) sebagai Setiausaha Kerja Parti BERSATU memaklumkan PEMBERHENTIAN SERTA MERTA dalam erti kata lain ialah PEMECATAN 5 orang iaitu:
    1.1. YB Tun Dr Mahathir Mohammad
    1.2. YB Datuk Seri Mukhriz Mahathir
    1.3. YB Datuk Amiruddin Hamzah
  2. 4. YB Dr Maszlee Malik
    1.5. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
  3. Di sini kami ingin menzahirkan perasaan dukacita kami terhadap apa yang berlaku dan MENOLAK SEKERAS-KERASNYA pemecatan yang tidak sah tanpa mengikut perlembagaan parti kerana:
    2.1. Surat itu ditandatangani oleh Kapten Muhammad Suhaimi Bin Yahtya (Bersara) sebagai Setiausaha Kerja Parti BERSATU. Ia hanyalah jawatan dalam pengurusan pejabat yang tidak diiktiraf dalam perlembagaan parti. Beliau juga gagal menyatakan dengan jelas atas arahan siapakah pihak berautoriti memecat ahli, surat itu dikeluarkan.
    2.2. Mereka juga tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin Parti untuk sesi pendengaran dan beladiri untuk membuktikan perbuatan mereka adalah menyalahi perlembagaan parti.
    2.3. FASAL 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti BERSATU telah secara CUAI disalah tafsirkan oleh Kapten Muhammad Suhaimi Bin Yahya (Bersara).
    2.4. Fasal 10.2.2 perlembagaan parti menyatakan bahawa keahlian parti terhenti apabila
    ahli mengisytiharkan keluar dari parti.
    2.5. Fasal 10.2.3 menyatakan keahlian terhenti jika ahli menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain.
    2.6. Sehingga tarikh surat itu dikeluarkan YAB Tun dan pemimpin-pemimpin lain belum pernah mengisytiharkan keluar dari parti. Maka fasal 10.2.2 tidak boleh digunapakai dalam situasi ini.
    2.7. Kedudukan ahli parlimen di dalam blok pembangkang (sebenarnya kelima-lima ahli parlimen duduk di blok bebas) dalam Dewan Rakyat adalah perkara berbeza dan tidak boleh dianggap sebagai menyertai sesebuah parti. Ini kerana keahlian parti dan keahlian Dewan Rakyat adalah dua perkara berlainan. Maka Fasal 10.2.3 juga tidak terpakai dalam situasi ini.
  4. Justeru demi menjaga maruah parti ini, hendaklah YAB Presiden sendiri mengeluarkan sepucuk surat membatalkan surat pemecatan itu. Kami juga meminta YAB Presiden mengambil tindakan tegas di atas kecuaian Kapten Muhammad Suhaimi Bin Yahtya (Bersara) sebagai Setiausaha Kerja Parti BERSATU yang telah mencemarkan imej parti dengan melakukan penyalahgunaan kuasa ini. Jangan dibiarkan kadok naik junjung.
  5. Kami juga akan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu dan YB Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Kedah.

BERSATU, BERAMANAH DAN BERMARUAH
29/05/2020
MEJAR HJ ANUAR BIN ABDUL HAMID (B)
KETUA BAHAGIAN BERSATU MERBOK
JAWATANKUASA PIMPINAN BERSATU MERBOK
SRIKANDI BERSATU MERBOK
ARMADA BERSATU MERBOK
KETUA-KETUA CAWANGAN BERSATU MERBOK
AHLI-AHLI CAWANGAN SEKOLAH IBRAHIM

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com