Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Polis buru orang ramai yang curi rentas negeri balik raya

Polis buru orang ramai yang curi rentas negeri balik raya

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – “Jangan sampai ada pegawai polis datang beraya di rumah anda.”

Itulah peringatan polis Kedah kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman dengan curi merentas negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfiri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, polis akan melakukan pemeriksaan secara mengejut untuk mengesan mereka yang didapati berada di kampung pada hari raya dengan merentas negeri.

Zainuddin Yaacob

Menurut laporan Berita Harian hari ini, beliau berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan sebarang aktiviti merentas negeri kecuali mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

“Kita akan ambil tindakan lebih tegas jika masih ada individu yang curi balik ke kampung di negeri ini kerana kita tidak mahu penularan COVID-19 akibat perbuatan mereka itu.

“Kita tak boleh tutup semua lorong atau laluan kecil yang boleh dibolosi namun kita akan buat pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah dan mengambil tindakan jika ada yang cuba pulang senyap-senyap,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zainuddin memberitahu, semua anggota dan pegawai polis di negeri ini tidak dibenarkan bercuti ketika musim perayaan ini. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com