Wednesday, 24, April, 2024
Utama Nasional Sanusi memulakan tugas sebagai Menteri Besar

Sanusi memulakan tugas sebagai Menteri Besar

oleh Wartawan Kedah Gazette
Muhammad Sanusi mengetip kad perakam waktu memasuki pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman pagi tadi.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas secara rasmi pada hari pertama di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini.

Beliau yang berwajah ceria mengetip kad perakam waktu pada pukul 8.43 pagi tadi.

Muhammad Sanusi selepas itu meluang masa beramah mesra dengan kakitangan pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar ke-14 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah semalam.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas ADUN Jitra itu melepaskan jawatan selepas hilang kepercayaan ADUN Kedah apabila Perikatan Nasional beroleh 23 sokongan ADUN.

Muhammad Sanusi, 46, merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar ke-10, Tan Sri Azizan Abdul Razak juga tidak asing lagi dalam kalangan kakitangan dan pegawai di pejabat Menteri Besar. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com