Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah letak jawatan

Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah letak jawatan

oleh Wartawan Kedah Gazette
Noor Hashimah Abu Hashim

ALOR SETAR – Timbalan Ketua Wanita Keadilan Kedah yang juga Ketua Wanita Keadilan Langkawi, Noor Hashimah Abu Hashim melepaskan semua jawatan dalam parti setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam.pengumuman di Facebooknya malam tadi, katanya, beliau rasa tawar hati apabila pimpinan parti terlampau mendesak untuk kepentingan diri.

“Sebelum ini saya teruja berpresiden seorang wanita hebat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penggal yang lalu. Pernah kagum dan bangga membawa logo PKR sehingga menang PRU14.

“Tetapi sekarang tiada agenda yang nak dipertahankan, melainkan agenda sendiri.

“Tidak lagi menghargai akar umbi yang mempertahankan serta menaikkan nama parti di cabang-cabang,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Wanita PKR Negeri (JPRWN) Kedah berkata, tiada istilah merebut atau merampas serta khianat pada parti.

Tindakan Noor Hashimah ini menyusul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee meninggalkan PKR dan menyokong Perikatan Nasional. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com