Friday, 26, April, 2024
Utama Nasional Tak payah undi di Parlimen, tiru sahaja cara PN Kedah…tapi jangan tipu. – Najib

Tak payah undi di Parlimen, tiru sahaja cara PN Kedah…tapi jangan tipu. – Najib

oleh Ammar Haziq

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi idea kepada Pakatan Harapan untuk mengumpul Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen jika mempunyai jumlah majoriti untuk menukar Perdana Menteri.

Menurutnya, proses itu mampu berjalan dengan lancar seperti langkah PN Kedah menumbangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan membawa 23 SD untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Kedah.

“Untuk tumbangkan Mukhriz di Kedah, PN serah 23 Akuan Bersumpah (SD) ADUN.
Lalu kesemua 36 ADUN disuruh menghadap Sultan Kedah hari ini.

Kenapa PH tak buat serupa untuk tumbangkan PM8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin)? Sebenarnya, tak payah buat undi tidak percaya di Parlimen,”katanya yang dipetik dari Facebook rasminya hari ini.

Najib berkata, PH boleh mengumpul sekurang-kurangnya 112 SD ahli Parlimen yang baru ditandatangan minggu ini dan muat naik ke FB kesemua 112 SD jika mahu.

“Lalu serah pada YDP Agong untuk minta tukar PM. Tapi, jangan tipu YDP Agong lagi ya.

“Awal bulan Mac lalu, PH keluarkan senarai 114 Ahli Parlimen yang didakwa sokong PM7 jadi PM8.

“Tapi satu-persatu Ahli Parlimen nafi sehingga PM7 hilang sokongan majoriti,” tulisnya lagi.

Jelasnya, jika ADUN Kedah mampu membuat demikian, takkan PH tak boleh buat untuk Ahli Parlimen mereka.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com