Thursday, 25, April, 2024
Utama Politik Sanusi MB Kedah, angkat sumpah Ahad ini

Sanusi MB Kedah, angkat sumpah Ahad ini

oleh Wartawan Kedah Gazette
Muhamad Sanusi (depan) dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada Ahad ini.

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhamad Sanusi Md Nor dilaporkan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini Ahad ini.

Satu sumber memaklumkan Perikatan Nasional (PN) Kedah mempunyai kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas majlis menghadap ADUN Kedah bersama Sultan Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Difahamkan seramai 25 ADUN Kedah menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.

Jumlah keseluruhan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pula 36 kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu menyaksikan Pas menguasai 15 kerusi, PKR (tujuh), Bersatu (enam), Amanah (empat), DAP (dua) dan BN (dua).

Menurut sumber itu, maklumat yang diterima majlis angkat sumpah pada Ahad ini dan Muhamad Sanusi yang akan tampil sebagai Menteri Besar baharu.

“Diharap dengan perlantikan Menteri Besar Baharu itu kemelut politik Kedah akan berakhir dan kerajaan negeri boleh fokus kepada tugas besar menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negeri akibat terkesan wabak covid-19,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com