Friday, 26, April, 2024
Utama Politik 9 Exco dijangka dilantik kerajaan PN

9 Exco dijangka dilantik kerajaan PN

oleh admin

ALOR SETAR – Seramai sembilan orang Ahli Dewan Undangan Negeri dijangka dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kedah selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah.

Satu sumber memaklumkan tarikh angkat sumpah Exco tidak dapat dipastikan bila walaupun difahamkan Majlis Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar adalah Ahad ini.

Menurut sumber itu, daripada sembilan Exco berkenaan, empat adalah muka lama dari iaitu Mohd Firdaus Ahmad (Kuah), Halimaton Saadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Azman Nasruddin (Lunas) dan Ooi Tze Min (Bakar Arang).

Sementara ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail akan dilantik sebagai Exco kanan.

Exco baru yang lain adalah Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Dr. Robert Ling Kui Ee (Sidam), Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (Tokai) dan Mohd Azam Abd Samat (Sungai Limau). – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com