Friday, 29, March, 2024
Utama Politik Kerajaan Bersatu-PH Kedah hilang kepercayaan, keabsahan kuasa

Kerajaan Bersatu-PH Kedah hilang kepercayaan, keabsahan kuasa

oleh Wartawan Kedah Gazette
Muhamad Sanusi (duduk, dua kanan).?mengadakan sidang akhnar di Alor Setar sebentar tadi.

ALOR SETAR – Kerajaan Bersatu-Pakatan Harapan (PH) di Kedah telah hilang kepercayaan dan keabsahan kuasa selaku kerajaan negeri Kedah selepas Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan baru negeri itu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri,
Muhamad Sanusi Md Nor berkata, keadaan tersebut berlaku selepas seramai 19 daripada 23 ADUN telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Kedah atas nama PN.

“Seramai 23 ADUN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah.

“Yang saya sebutkan ialah 15 (ADUN) daripada Pas, dua daripada BN (Barisan Nasional) dan dua bekas ADUN PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang telah keluar parti itu tengah hari tadi dan empat ADUN Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar si Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Keratan laporan kedahgazette.com mengenai UMNO dan Pas sepakat memilih Muhamad Sanusi sebagai bakal.Menteri Besar Kedah.

Muhamad Sanusi memberitahu, proses peralihan kuasa itu akan dijalankan secara tertib dan aman termasuk pelantikan Menteri Besar Kedah.

“Presiden parti gabungan dalam PN di peringkat Persekutuan akan mengemukakan calon Menteri Besar Kedah yang baharu melalui Setiausaha Kerajaan Negeri bagi diperkenan dan menerima tauliah,” katanya.

Kedahgazette.com sebelum ini melaporkan UMNO dan Pas bersepakatan memilih Muhamad Sanusi sebagai bakal Menteri Besar Kedah. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com