Friday, 19, April, 2024
Utama Nasional Mahdzir dilantik sebagai Pengerusi TNB

Mahdzir dilantik sebagai Pengerusi TNB

oleh Wartawan Kedah Gazette
Mahdzir Khalid

ALOR SETAR — Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa pada 12 Mei ini.

Beliau yang nerupakan bekas Menteri Besar Kedah menggantikan Ahmad Badri Mohd Zahir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, TNB berkata, Mahdzir bukanlah asing kepada industri tenaga elektrik negara kerana beliau merupakan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, beliau mewakili ahli lembaga pengarah, pengurusan serta seluruh warga kerja TNB mengalu- alukan pelantikan Mahdzir yang berpengalaman luas dan tidak asing dengan industri tenaga elektrik.

“Dalam suasana yang mencabar ketika ini, kami yakin kepimpinan beliau dapat membantu TNB mengharungi cabaran semasa serta mencapai aspirasi transfomasi syarikat ke arah menjadi antara 10 firma utiliti utama dunia menjelang 2025.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Badri yang sebelum ini adalah ahli lembaga pengarah TNB mewakili Kementerian Kewangan sejak 2018,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com