Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Biar betul kuih 10 sen sahaja!!!!

Biar betul kuih 10 sen sahaja!!!!

oleh Ammar Haziq

Kuala Nerang – ‘Cucoq sekupang’ yang dijual di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap kekal dengan harga 10 sen bagi setiap jenis kuihnya.

Pengusahanya, Roslina Saad,51 dan suami, Zulkifli Abdul Razak,52 telah mengekalkan harga tersebut sejak 18 tahun lalu agar lebih ramai mampu menikmati makanan tersebut pada harga yang murah.

Konsep sedekah yang diamalkan itu dengan menjual harga pada harga tidak masuk akal secara tidak langsung menyaksikan perniagaannya terus dapat sambutan sehingga hari ini.

Menurut Roslina, saiz kuihnya lebih kecil kerana mahu mengalakkan pelanggannya tidak membazir dan senang untuk dihabiskan.

“Pada Ramadan ini, saya menjual sebanyak 3,000 kuih bermula jam petang dan syukur habis dalam masa tempoh sejam.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya perlu bergerak di sekitar Felda Lubuk Merbau dan syukur masih ada sambutan,”katanya yang membuat sebanyak.10 jenis kuih pada Ramadan kali ini.

Antara kuih-muih yang dijualnya adalah karipap, donut,  cucur badak, cucur kacang, buah melaka, kuih lopeh, kuih ketayap dan pelbagai lagi.

Roslina berkata, dia menjual kuih tersebut pada harga 10 sen kerana sedar majoriti penduduk yang tinggal di kawasan tersebut bekerja sebagai penoreh getah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com