Saturday, 20, April, 2024
Utama Umum Ustaz Ebit tidak dihalang sampaikan sumbangan sewaktu PKP

Ustaz Ebit tidak dihalang sampaikan sumbangan sewaktu PKP

oleh Ammar Haziq

FOTO FB USTAZ EBIT LEW

Polis memberikan kebenaran kepada penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew untuk menyampaikan barangan sumbangan keperluan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan polis tidak menghalang pendakwah tersebut selagi beliau mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jelasnya, Ustaz Ebit dipanggil memberikan keterangan disebabkan oleh reaksi orang ramai berhubung tindakannya memaparkan aktiviti kebajikannya semasa PKP.


“Kita melihat ramai yang memberi respon positif namun terdapat juga yang tidak senang dengan aktiviti berkenaan.


“Kontroversi yang berlaku menyebabkan polis mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan kekal terpelihara,”katanya.


Bagaiamanapun, polis menegaskan tiada siapa boleh dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang jika terdapat pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP.


“Dalam melaksanakan apa juga aktiviti orang ramai dinasihatkan mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan mula serta menggunakan pencuci tangan,” katanya.


Semalam media melaporkan Ustaz Ebit mahu berehat sementara selepas dipanggil ke Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com