Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Syukur, selepas 15 tahun mereka akhirnya pindah – Ustaz Ebit

Syukur, selepas 15 tahun mereka akhirnya pindah – Ustaz Ebit

oleh Ammar Haziq

NUKILAN USTAZ EBIT LEW, 22 APRIL 2020

FOTO FB Ustaz Ebit Lew


Terima kasih Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini dengan memberi bantuan. Terima kasih JKM. Terima kasih jiran lama keluarga Pak Aq yang baik banyak membantu mereka. Mereka selalu membantu menghantar makanan dan lain-lain.

YouTube player

Terima kaseh Pihak Masjid Kariah yang ambil berat hal mereka. Terima kaseh kerajaan negeri Kedah yang membantu mereka selama ini. 
Saya minta maaf pada semua yer. Mereka semua dah bantu banyak sangat. Setitik sahaja usaha saya berbanding mereka semua.

Saya urus cuma beberapa orang dah menangis penat. Mereka semua urus seluruh negeri dan setiap pelusuk negeri sepanjang hayat. Saya cuma sikit sangat. Saya pohon janganlah salahkan jiran, jkm atau pusat zakat atau mana-mana orang. 


Saya salah saya minta maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki pada JKM,LZNK, Kejiranan lama Pak Aq dan semua yer. Saya pohon ampun yer. Benar-benar minta ampun pada semua. Saya cuma ingin kasih sayang buat mereka. Saya cuma tak boleh tahan mereka duduk situ. Sedih sangat menangis jer. Saya sayang semua. Saya sayang anak-anak dan pakcik makcik tu mereka baik sangat dari mula sampai saya nak balik tadi.

Sorrylah yer. Saya salah saya minta maaf. Saya tak buat apa pun. Terima kaseh semua yer. Semua orang baik. Saya salah saya minta maaf.
Syukur tadi setelah lebih 15 tahun keluarga ini buat kali pertama dapat pindah dari pondok usang dan menyedihkan. Saya dapat beri hadiah kasih sayang saya buat keluarga ini.

Dapat beri mereka rumah baru selesa takyah bayar. Saya insyaAllah bayar selagi hayat.  Belikan peti ais, mesin basuh, rice cooker, cerek, dapur gas, kipas, tilam, baju raya, bantal, semualah peralatan rumah. Hanya setitik usaha saya ini dibandingkan usaha mereka sepanjang tahun dan seluruh negeri kedah.

15 tahun kasihan keluarga ini. Selepas ini saya serahkan pada pihak berwajib. 
Saya merayu jangan hina keluarga ini. Ujian mereka. Ujian kita. Kita sebuah keluarga  Mereka pakcik tua makcik tua macam mak ayah kita. Anak mereka macam adik beradik dan anak kita. Kasihanilah mereka 15 tahun hidup begitu. Bantula mereka. Sayangi mereka. 


Terima kaseh dengan bantuan kejiranan baru yang baik tadi. Mereka beramai bawa mesin rumput. Bawa katil. Kami bincang aturkan anak sekolah. Aturkan rawatan kesihatan pak ak dan isteri yang perlu rawatan mingguan. Ada guru mengaji. Kelas di surau selepas PKP.

Terima kaseh penduduk taman dan jiran baru yang sangat positif dan membantu. Terima kaseh yer. Tanpa tuan puan saya tak mampu buat apa-apa pun.  Tadi dapat bantu anak-anak ini sama-sama gotong royong. Best didik macam keluarga sendiri.


Doakan dah selesai semua di utara. Nak terus balik kl. Rindu isteri dan anak-anak. Rindu bidadari. Rindu safiyyah lew. Rindu rayyan lew. Rindu Qadeejah Lew, Rindu Rindu Uqashah Lew. Nak jadi suami dan ayah menikmati hidup rasa syukur. Rindu ayah dekat kampung sangat. Ya Allah rindu padaMu ya Allah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com