1,349 individu ingkar PKP ditahan di Kedah

183

ALOR SETAR – Seramai 1,349 individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan di seluruh negeri ini sejak 18 Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, seramai 644 daripada mereka telah dituduh di mahkamah dalam tempoh tersebut.

“Sementara itu, seramai 349 lagi yang ditahan itu pula dikompaun,” katanya di sini semalam.

Antara individu yang terawal ditangkap di negeri ini ialah seorang lelaki berusia 49 tahun yang mempertikaikan PKP dengan menikmati kenduri termasuk makan gulai kepala kambing dan merakam aksi itu di Jalan Langgar di sini pada 20 Mac lalu.

Mereka yang ditahan atas kesalahan itu akan didakwa mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara tidak lebih enam bulan atau keduanya. – KG