Saturday, 27, April, 2024
Utama Umum Dihimpit kemiskinan, rumah terbengkalai sejak 2018

Dihimpit kemiskinan, rumah terbengkalai sejak 2018

oleh Ammar Haziq
YouTube player
Syarifah diakui jirannya sebagai seorang yang rajin dan cekal.

Seorang wanita Syarifah Abdul Rahman, 39 cekal menempuh dugaan untuk membina rumahnya sendiri di Kampung Labi, Tualak di Kuala Nerang Kedah walaupun dihimpit dengan masalah kemiskinan.


Dia mengumpul wang sedikit demi sedikit hasil upah menoreh getah dan mula membina rumah itu pada 2018 namun disebabkan kekangan kewangan, ia mengambil masa untuk disiapkan.


Kini pembinaan rumahnya tergendala berikutan pendapatan yang tidak menentu dan memperolehinya sekitar RM350 sebulan.

Rukiza (kiri) menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Syarifah.


“Hasil upah menoreh tidak menentu. Namun bolehlah sedikit sebanyak tampung kehidupan diri sendiri dulu.


“Namun untuk kumpul modal untuk sambung pembinaan rumah saya tergendala sekarang kerana disebabkan oleh kekangan kewangan,”katanya yang kini tinggal sementara di sebuah pondok dibina dari buluh dan kayu bukit pinang sejak 2010.


Pondok itu bersebelahan rumah ibubapanya dan mengambil keputusan untuk tinggal di pondoknya kerana lima lagi adik beradiknya yang belum berkahwin tinggal bersama keluarganya.

Syarifah harap ada pihak yang akan tampil membantu menyiapkan rumahnya yang kini terbengkalai disebabkan oleh kekangan kewangan.


Dengan bermodalkan RM2,000 yang dikumpulnya, rumahnya kini sudah didirikan sebahagian dinding bata dan kayu pula diambil dari bukit yang terletak di sebelah kampungnya.


“Saya harap ada pihak yang sudi bantu menyiapkan rumah ini. Keadaan kewangan menyebabkan saya gagal menyiapkan rumah ini,”katanya.


Syarifah berkahwin pada 2012 namun kemudiannya berpisah 1 tahun 8 bulan kemudian dan tidak dikurniakan anak.


Nasibnya mendapat perhatian Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB), Rukiza Abu Bakar yang hadir menghulurkan bantuan barangan keperluan harian kepadanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Labi,  Mohd Saidi Mahmud ketika ditemui berkata, pihaknya tahu masalah dihadapi Syarifah dan sudahpun membuat permohonan bantuan rumah kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang, Syed Fadzil Syed Embun namun masih belum mendapat jawapan daripada Pejabat Penyelaras Dun Kuala Nerang.


Mana-mana pihak yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi jirannya, Norhashimah Abdullah ( 0174219109) kerana Syarifah tidak mempunyai telefon.

Syarifah selesa berteduh di pondok sementaranya yang dibina dengan buluh dan kayu batang pinang sejak beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com