Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Jabatan Mufti Kedah beri kebenaran kembali jalankan azan, solat berjemaah di masjid

Jabatan Mufti Kedah beri kebenaran kembali jalankan azan, solat berjemaah di masjid

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Jabatan Mufti Negeri Kedah memberi kebenaran kembali menjalankan aktiviti azan dan solat berjemaah di seluruh masjid dalam negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, Kebenaran tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kedah, KDYMM Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Solat fadhu berjemaah di masjid hendaklah diadakan kembali untuk memastikan syiar Islam terus terpelihara lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam.surat rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Surat rasmi kebenaran kembali menjalankan aktiviti azan dan solat berjemaah di seluruh masjid dalam negeri ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Bagaimanapun, katanya, bilangan jemaah maksimum seramai 3 orang sahaja melibatkan iman, pegawai masjid dan jawatankuasa khairah secara bergilir-gilir dalam satu-satu waktu.

Selain itu, tambahnya, kedudukan antara sesama jemaah dijarakan satu meter.

“Jemaah yang sihat sahaja dibenarkan mendirikan solat berjemaah di masjid,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com