Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri 15 ditahan ingkar arahan PKP

15 ditahan ingkar arahan PKP

oleh Wartawan Kedah Gazette

PADANG TERAP – Polis menahan 15 individu yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bukit Merbau dekat sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, individu yang ditahan itu membabitkan 12 lelaki dan tiga wanita.

Menurutnya, mereka ditahan ketika polis melakukan Op COVID pada hari terakhir PKP fasa kedua semalam.

Sebahagian daripada individu yang ditahan polis selepas ingkar PKP di Lubuk Merbau, Padang Terap semalam.

“Kesemua individu yang ditahan itu ketika menaiki kereta secara beramai-ramai dan menunggang motosikal tanpa arah tuju,” katanya yang dipetik daripada Facoebook Berita Kuala Nerang hari ini.

Salah seorang individu perempuan yang ditahan polis selepas selepas ingkar arahan PKP di Lubuk Merbau, Padang Terap semalam.

Noh berkata, tindakan individu terbabit yang ingkar arahan PKP mengundang padah apabila mereka ditahan polis. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com