Friday, 19, April, 2024
Utama Nasional Dr. Mahathir ajak rakyat bersama-sama tunjuk sokongan tangani wabak COVID-19

Dr. Mahathir ajak rakyat bersama-sama tunjuk sokongan tangani wabak COVID-19

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan rakyat bukan sahaja perlu mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan, sebaliknya bersama-sama tunjuk sokongan dan menyahut nasihat-nasihat diberikan pakar dalam menangani wabak COVID-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat seharusnya berusaha mendepani dan menangani krisis ini secara bersama.

“Kita perlu usaha bagaimana hendak tangani masalah ini dan bukan untuk cari siapa yang lebih popular,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam catatannya yang dimuatnaik dalam Facebook Mukhriz Mahathir FC petang ini.

Dr. Mahathir juga Ahli Parlimen Langkawi turut mengakui bahawa Malaysia sedang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk dalam sejarah.

“Wabak COVID-19 ini sedang dihadapi oleh seluruh dunia,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah menjalani kuarantin secara sukarela di kediamannya selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, beliau disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani kuarantin tersebut selama 14 hari. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com