Thursday, 28, March, 2024
Utama Nasional Program Transformasi Digital Untuk SME secara dalam talian ketika wabak COVID-19

Program Transformasi Digital Untuk SME secara dalam talian ketika wabak COVID-19

oleh Wartawan Kedah Gazette

PULAU PINANG – Penularan wabak COVID-19 tidak menghalang Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara untuk membantu peniaga dan peruncit meningkatkan produktiviti perniagaan dengan menganjurkan program Transformasi Digital Untuk SME secara online.

Pengarah MPC Wilayah Utara, Dr. Mazrina Mohd. Ibramsah berkata, lebih 2,000 peniaga dan peruncit menyertai program tersebut menerusi platform webinar selama empat hari bermula hari ini.

Menurutnya, pogram tersebut dianjurkan dengan kerjasama dengan Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di wilayah Utara yang meliputi negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan program tersebut dapat memberi manfaat dan idea baru kepada peserta dalam membantu peniaga dan peruncit meningkatkan produktiviti perniagaan melalui pendekatan baharu iaitu penggunaan teknologi digital.

“Selain itu, program tersebut turut memberikan platform kepada peniaga dan peruncit untuk membuat business matching di antara pembekal perkhidmatan digital dan usahawan.

“MPC telah menerima banyak maklum balas positif daripada peserta di mana program ini adalah merupakan platfrom terbaik untuk memberi kesedaran kepada peniaga dan peruncit dalam pemasaran digital supaya memasarkan produk ke peringkat yang lebih luas.

“Malah, pihak kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MPC Wilayah Utara dan RFBPN kerana telah melaksanakan inisiatif ini yang akan meningkatkan produktiviti negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dr. Mazrina memberitahu, program ini membentangkan beberapa topik menarik antaranya mengenai Digital Pemasaran, Penghantaran Melalui Digital Platform, e.Marketplace, e-Dompet dan e-Bayaran.

“Perkongsian maklumat ini telah disampaikan oleh beberapa pembekal perkhidmatan pemasaran digital terkenal antaranya Shopee Malaysia, Avana, Boost, PayNet, JD MAS, MyCar, VTPonline.my dan GoShareLah,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com