Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Penduduk Kedah desak cepatkan agihan bantuan

Penduduk Kedah desak cepatkan agihan bantuan

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Penduduk di negeri ini mendesak kerajaan negeri mempercepatkan agihan bantuan di bawah Inisiatif Kerajaan Kedah Menangani Covid-19 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri didapati tidak menjalankan tugas apabila kebanyakan penduduk masih tidak mengetahui maklumat mengenai proses permohonan bantuan tersebut.

Pada masa sama, penduduk juga mendakwa mereka gagal menghubungi wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri untuk tujuan berkenaan.

Inisiatif tersebut yang diumumkan oleh Mukhriz itu adalah berjumlah keseluruhan RM21 juta.

Selain itu, sebanyak RM3.6 juta bantuan keperluan asas turut disalurkan kepada 36 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri.

Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Suara Sobri berkata, bantuan tersebut sepatutnya dipercepatkan memandangkan kebanyakan penduduk di negeri ini telah hilang pendapatan selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula Rabu lalu.

Menururnya, proses agihan bantuan tersebut juga diharapkan tidak menyulitkan penduduk yang berkelayakan.

“Tindakan (agihan bantuan) eloklah dipercepatkan. Konsep bantuan yang nak diberi diharap tidak menyusahkan pemohon..

“Berusahalah sedaya mungkin permudahkan proses dan urusannya,” katanya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama Mohd Taufik pula berkata, dia telah menghubungi salah seorang Exco kerajaan negeri untuk bertanya permohonan bantuan itu tetapi gagal.

“Nombor Takdak dalam perkhidmatan ka?
Perkhidmatan yang tak dak dalam Kerajaan Negeri nih?

“Cuba hangpa call YB Zamri Yusuf tengok,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com