Thursday, 25, April, 2024
Utama Nasional Selamat berkhidmat kepada menteri dan timbalan menteri baharu

Selamat berkhidmat kepada menteri dan timbalan menteri baharu

oleh Wartawan Kedah Gazette
Barisan kabinet baru mengadakan mesyuarat pertama selepas mengangkat sumpah semalam.

KEDAHGAZZETE mengucapkan tahniah kepada kesemua menteri dan timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing semalam.

Seramai 69 menteri Kabinet baharu itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya.

Walaupun wajah menteri-menteri berkenaan nampak ceria dan gembira namun di sebalik senyuman itu tersembunyi perasaan gusar terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

Cabaran yang bakal hadapi barisan menteri dan timbalan menteri yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu gentir memandangkan mereka perlu bekerja keras dan gembleng tenaga dalam menghadapi ketidaktentua ekonomi.

Ini memandangkan prestasi ekonomi dunia yang semakin merudum ekoran perang harga minyak global antara Arab Saudi dan Rusia.

Selain itu, tumpuan juga perlu diberikan terhadap usaha mewujudkan kestabilan politik bagi menarik minat para pelabur dan peniaga dalam serta luar negara menanam modal di negara ini.

Muhyiddin mengangkat sumpan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Pada masa sama, rakyat juga mahu melihat menteri Kabinet baharu ini dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang berbanding rakan-rakan mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Barisan menteri dan timbalan menteri yang menggabungkan pemimpin daripada Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan Pas turut mencanang idea-idea baharu untuk mengekang kos sara hidup termasuk isu kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan.

Soal kesihatan dan pendidikan juga tidak boleh dipandang ringan untuk menjaga hak dan kepentingan rakyat.

Di Kedah, walaupun tiada ahli Parlimen dari negeri ini yag dilantik sebagai menteri oleh Muhyiddin, namun rakyat negeri Jelapang Padi tetap menaruh keyakinan kerajaan Pusat tidak akan meminggirkan mereka.

Bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri kerana melantik seorang timbalan menteri dari Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim iaitu Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Kedahgazette menaruh keyakinan Ahli Parlimen Pendang itu dapat membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan demi rakyat dan negara. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com