Friday, 19, April, 2024
Utama Nasional 1,000 penduduk Sungai Petani mati awal

1,000 penduduk Sungai Petani mati awal

oleh LX Osman

SUNGAI PETANI – Seramai 1,000 daripada 460,000 penduduk di bandar ini dijangka meninggal dunia lebih awal berpunca daripada masalah pencemaran alam sekitar yang dilaporkan semakin serius di kawasan terbabit.

Penasihat Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani, Dr. Tneoh Shen Jen, berkata, nisbah jumlah kematian awal itu adalah berdasarkan kadar partikel halus (particulate matter) atau PM2.5 di daerah itu berada pada paras yang membimbangkan.

Penasihat Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani, Dr. Tneoh Shen Jen

Menurutnya, sejumlah 1,000 penduduk itu dijangka dijangkiti pelbagai jenis penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.

“Kewujudan banyak kilang haram yang menjalankan aktiviti kitar semula sampah daripada plastik kotor menyumbang kepada pencemaran udara yang serius,” katanya kepada KedahGazette.my di sini.

PM2.5 merujuk kepada partikel bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah yang terhasil secara semula
jadi seperti asap dari kilang plastik dan pembakaran terbuka tidak terkawal.

Operasi kilang haram tersebut, katanya, banyak menghasilkan e-sisa yang mengandungi logam
berat seperti merkuri, cadmium, lithium dan toksin lain yang berbahaya.

“Jumlah kadar kematian awal itu akan terus meningkat sekiranya masalah pencemaran di kawasan ini tidak dikawal dengan segera,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com